
PENGENALAN
HAYARA SDN BHD mula diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1987 di Pulau Pinang. Ianya terhasil daripada gabungan tiga rakan kongsi untuk berkongsi perniagaan. Syarikat ini mempunyai kemampuan dalam bidang perkhidmatan kerja-kerja pemunggahan, pengangkutan dan pengendalian bahan mentah (baja) pukal di kapal dan gudang. Syarikat ini juga terbabit dalam perkhidmatan pembersihan dan juga kerja-kerja pelupusan sampah untuk pihak perbandaran.
Dengan kekuatan 580 tenaga kerja disamping kelengkapan jentera terkini, syarikat ini amat berdaya saing. Syarikat ini menjalankan aktiviti sebagai ejen penghantaran, pengangkutan, pengendalian kargo pukal serta kontena dan pembungkusan baja dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas Bajakimia Sdn. Bhd.) dan juga dengan pihak Malaysian NPK Fertlizer Sdn. Bhd. (MNFSB) bermula dari menguruskan ketibaan kapal, memunggah barang dagangan sehingga aktiviti mengangkut keluar barangan yang siap ke atas lori. Syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja pembersihan am bersama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang.

ORGANISASI






MENGAPA PILIH KAMI?
Syarikat kami telah beroperasi selama lebih 30 tahun. Sepanjang tempoh kami beroperasi berbagai penambah baikan telah dilakukan dan banyak pengalaman yang kami perolehi. Ini menjadikan syarikat kami lebih stabil dan cekap dalam menyampaikan perkhidmatan yang kami sediakan bagi memastikan kepuasan hati anda.